Monday 13 January 2014

Sihat Sebelum Sakit….

Ini merupakan entri pertama untuk 2014...Awal2 bulan ni memang sibuk uruskan perihal anak2. Sekarang je boleh bernafas sikit. So bolehlah update blog yang 'suam-suam kuku' ni hihi...

Sebelum 2013 melabuhkan tirainya, antara pengalaman yang tak mungkin saya lupakan ialah 'tragedi di 'Hotel Casa Del Rio.' Saya telah ditugas oleh editor untuk membuat liputan event anjuran Lux di Melaka. Sebenarnya tugasan itu lebih kepada bekerja sambil ‘memanjakan’ diri. 


Sebab apa saya berkata begitu? Sebabnya, walau pun bekerja, para karyawan turut diberikan layanan 5 bintang untuk memanjakan diri. Kami diberikan waktu untuk berurut bagi melegakan segala urat-urat yang tegang. Maklum sahajalah, bila sudah sibuk bekerja, tubuh ‘dilenjan’ semahu-mahunya sehingga terlupa bahawa tubuh juga memerlukan belaian.

Meskipun tugasan tersebut tidak lama iaitu hanya dua hari satu malam sahaja namun ia tetap meninggalkan kesan yang sukar dilupa. Mana tidaknya, kami menginap di hotel bertaraf lima bintang. Hotel Casa Del Rio, Melaka. Memang terbaik. 

Setiap seorang diberikan satu bilik. Sengaja dirancang begitu kerana pihak penganjur, (Lux) Unilever Sdn. Bhd. ingin memberi peluang kepada semua rombongan karyawan menikmati saat-saat santai sendirian. Apatahlagi setiap bilik dilengkapi dengan bath tab. Bolehlah mandi buih dan berendam sepuas-puasnya….ngeeee...

Berada di hotel Casa Del Rio ni tak ubah seperti berada di Venice. Reka bentuk bangunannya mencerminkan suasana di kota yang begitu diimpikan ramai untuk menjejakkan kaki di sana. Beranganlah sekejap saya seolah-olah berada di Venice. Sungguh… walau pun kedatangan saya ke bumi Hang Tuah ini bukanlah untuk bercuti, saya langsung tidak rasa penat dan lelah.

Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, sempat saya dan seorang rakan sepejabat berjalan-jalan sambil mengambil angin. Malang tidak berbau. Sedang saya berjalan-jalan, tiba-tiba kaki saya terpijak lantai yang bertingkat sehingga kaki saya terseliuh. 

Namun dalam kesakitan, sempat jugalah bergambar kenangan dengan kumpulan rombongan karyawan sebelum menaiki bas. Ketika itu saya masih boleh berjalan lagi walau pun jalan terhincut-hincut.

Di dalam bas, orang lain semuanya tidur tetapi saya langsung tidak dapat melelapkan mata kerana menahan sakit. Kaki pula semakin membengkak. Sampai sahaja di Kuala Lumpur, saya tidak boleh berjalan kerana terlalu sakit. Dengan bantuan seorang rakan pejabat, saya dipapah untuk berjalan. Nak tahu apa yang terjadi seterusnya?
Pose sebelum kejadian

Bersama rakan-rakan media

Dalam kesakitan, pose tetap pose hihi


Sampai sahaja saya di rumah, suami bawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah merujuk saya di hospital. Akhirnya kaki saya terpaksa ‘disimen’. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Saya diberikan ‘mc’ selama dua minggu. Dan selama  itulah saya tidak boleh memandu. Nasib baik jugalah kaki yang tercedera itu kaki kiri jadi selepas dua minggu walau pun kaki belum betul-betul sembuh, saya sudah boleh memandu (kereta gear automatik).   


Kesimpulannya, hargailah masa kita semasa sihat. Bila sudah sakit, semua pergerakan kita agak terbatas. Begitu juga dengan kesihatan. Jagalah kesihatan bagi mengelakkan penyakit daripada ‘hinggap’ ditubuh kita

Sunday 29 December 2013

Angkut Adam & Arissa Ke Pejabat

Hari sabtu bkn bermakna saya boleh goyang kaki.Kerjaya sebagai wartawan menuntut saya untuk dtg bertugas pada waktu hjg minggu. Mr hubby pulak bekerja hari sabtu so saya kena angkut budak berdua ni.

Pening jugak dibuatnya tapi saya sudah sediakan makanan yg cukup utk tempoh photo shoot di studio. Syukur Adam & Arissa tk buat perangai. Photo shoot hanya tamat pada jam 12.30 tghri.

Adoiii...penatnya.Photo shoot ini sebenarnya utk kolum  kaunseling gaya dlm mjlh Rapi. Mungkin nmpk mcm kolum fesyen tapi sebenarnya kolum ini membantu golongan wanita pelbagai saiz utk berfesyen.

Maka sbb itulah model yg kami ambil bknlah model professional tetapi model amatur (org biasa).Maka di situlah terletaknya cabaran utk mengajar model amatur ini utk pose.Klu yg dh pandai pose tu kira bonuslah utk saya hihi...

Membawa anak2 ke pejabat mmg memenatkan kerana selain sibuk bekerja saya juga perlu pastikan yg Adam &Arissa cukup selesa sehinggalah kerja2 saya selesai. Salah satu caranya utk melekakan mereka ialah beri mereka main games tapi ada hadnya.

Bila masing2 dh penat sampai terlena dibuatnya.Sian anak2 mama.Azam thn baru mama ialah x nk curi masa lagi waktu hjg minggu utk kerja. Hjg minggu adalah masa utk kanak2 riang :-)