Sunday 29 December 2013

Angkut Adam & Arissa Ke Pejabat

Hari sabtu bkn bermakna saya boleh goyang kaki.Kerjaya sebagai wartawan menuntut saya untuk dtg bertugas pada waktu hjg minggu. Mr hubby pulak bekerja hari sabtu so saya kena angkut budak berdua ni.

Pening jugak dibuatnya tapi saya sudah sediakan makanan yg cukup utk tempoh photo shoot di studio. Syukur Adam & Arissa tk buat perangai. Photo shoot hanya tamat pada jam 12.30 tghri.

Adoiii...penatnya.Photo shoot ini sebenarnya utk kolum  kaunseling gaya dlm mjlh Rapi. Mungkin nmpk mcm kolum fesyen tapi sebenarnya kolum ini membantu golongan wanita pelbagai saiz utk berfesyen.

Maka sbb itulah model yg kami ambil bknlah model professional tetapi model amatur (org biasa).Maka di situlah terletaknya cabaran utk mengajar model amatur ini utk pose.Klu yg dh pandai pose tu kira bonuslah utk saya hihi...

Membawa anak2 ke pejabat mmg memenatkan kerana selain sibuk bekerja saya juga perlu pastikan yg Adam &Arissa cukup selesa sehinggalah kerja2 saya selesai. Salah satu caranya utk melekakan mereka ialah beri mereka main games tapi ada hadnya.

Bila masing2 dh penat sampai terlena dibuatnya.Sian anak2 mama.Azam thn baru mama ialah x nk curi masa lagi waktu hjg minggu utk kerja. Hjg minggu adalah masa utk kanak2 riang :-)

Saturday 28 December 2013

Keluarga atau kerjaya?


Mana lebih penting? Kerjaya atau pun keluarga? Jika soalan ini dilontarkan pada saya, jawapannya kedua-duanya penting buat diri saya. Namun sebagai seorang isteri dan ibu, saya perlu lebihkan perhatian pada keluarga terutama anak-anak tanpa menjejaskan kerjaya. Pada saya, wanita yang bekerjaya perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya dan juga keluarga.

Biasanya seboleh mungkin, saya akan menyiapkan semua tugasan di pejabat. Ketika di pejabat, tumpuan saya 100 peratus dengan kerja. Semua ini saya lakukan bagi mengelakkan saya membawa pulang kerja-kerja yang tidak siap balik ke rumah. Bagi saya, tidak adil jika saya ‘mencuri’ masa untuk bersama suami dan anak-anak.

Bukannya saya tidak pernah membawa kerja-kerja pejabat ‘balik ke rumah’ tetapi bila melihatkan wajah dua orang cahayamata, saya rasa bersalah. Adakalanya anak-anak duduk di sebelah saya, memandang saya menaip. Jujur…saya rasa cukup tidak selesa dengan situasi tersebut. Cepat saya menyudahkan kerja kerana mahu memberikan perhatian kepada anak-anak.

Sejak itu, saya akan pastikan, jika terpaksa menaip artikel di rumah (dalam keadaan tertentu), saya akan pastikan anak-anak saya sudah tidur. Sekurang-kurangnya saya tidak dihantui rasa bersalah. Biasanya saya akan bangun menaip di awal pagi. Ketika ini, anak-anak saya sedang lena diulit mimpi indah. Tidaklah rasa bersalah sangat…

Walaupun sedikit penat, tetapi kerja tetap kerja. Dan ia perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Saya sebenarnya amat berterima kasih dengan suami kerana dia banyak memahami kerjaya saya. Sejak dari mula berkahwin sehinggalah sudah punya anak dua, dia sentiasa memberikan galakan dan sokongan.

Saya akui bahawa bukan mudah untuk menjadi pekerja yang hebat tetapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan keluarga. Maka sebab itulah stamina itu penting. Kesihatan perlu dijaga kerana bila tubuh sihat, barulah kita dapat menjadi pekerja dan ‘pengurus’ rumahtangga yang hebat.

Sokongan keluarga dan suami juga penting kerana kejayaan seorang wanita amat dipengaruhi dorongan daripada orang tersayang. Sebelum mengakhiri bicara, ingin saya berpesan. Jaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat kerana tubuh yang sihat akan mencerminkan aura diri seseorang wanita.

Thursday 26 December 2013

Entri Permulaan Untuk Sebuah Diari... hehe..

Hai.. first sekali, saya dengan rendah dirinya merasmikan Blog Personal saya ni pada tarikh 27/12/2013 iaitu hari ini.... hehe.. sengaja saya letak tarikh ini sebab mana tahu suatu hari nanti bila genap setahun blog ini, boleh jugak buat kenang kenangan tarikh keramat ni..apa2 pun, saya ni masih newbie dalam dunia blogging.. mohon tunjuk ajar dari rakan2 blogger yang lain, if ada yang kurang, silalah tegur menegur yea.. 

Hope dalam diari ini saya dapat berkongsi macam-macam cerita tentang kehidupan dan perjalanan hidup saya sepanjang membesarkan dua orang kesayangan saya ini, iaitu Arissa dan Adam.. tak lupa juga, suami tersayang yang sentiasa ada dibelakang saya ketika jatuh dan bangunnya saya ketika masa dulu.. Alhamdulillah, kehidupan kami semakin bahagia.. Syukur Alhamdulillah.. Baiklah, itu sahaja buat setakat ini.. ada masa terluang saya akan update lagi kisah kesayangan saya Adam dan Arissa...